Sunday 15 July 2012

~Seindah syurga~

Di dalam hati manusia itu terdapat sebuah taman...
dimana taman itu dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan...
Bunga mekar mengembang dan tumbuhan hijau mempesonakan..
ikan bermain di sungai yg mengalir seputih jernihnya..
binatang bebas berkeliaran dan burung berkicauan..
bintang bergemerlapan disinari cahaya rembulan..


Namun, semakin hari suasana taman itu kian hambar..
bunga dan tumbuhan layu dan luruh..
sungai bagaikan dahaga kekeringan dan ikan kian rungsing..
binatang kelihatan lemah dan tidak bermaya..
burung tiada lagi berkicauan riang kedengaran..
bintang dan bulan bagaikan hilang cahaya serinya..


Maka, awan gelap pun menyelubungilah taman..
bertapa ia kelihatan sedang berduka lara..
ribut kencang menerbangkan segala pokok dan bunga yg layu..
menyebabkan sungai berk0cak keganasan..
ikan cemas di dalam air yg deras..
binatang dan burung berteduh menunggu redanya ribut..
bintang dan bulan hilang entah ke mana..
terlalu sedih dilihat dan suram..

Setelah itu... hujan kian reda dan ribut sudah tidak menggila..
namun, di atas tanah terdapat anak2 benih pokok tumbuh menghijau..
sang mentari menyinari menghasilkan gahnya pelangi..
sungai kian tenang dan mengalir seriang hatinya..
binatang keluar dgn gembiranya dan burung terbang dgn seronoknya..
bintang dan rembulan kian bercahaya seindahnya...



begitula manusia... pabila kita bahagia terlalu lama..
bunga keimanan kan gugur layu..

akhlak dan syariat kian dilupakan..
manusia kian melampaui batas..

kerana itu ALLAH menghantar UJIAN kepada manusia..
KERANA Allah SYG pd hambaNya dan TIDAK MAHU hambaNya JAUH drNYa..

Allah berfirman, manusia itu kehilangan sesuatu yang lebih baik daripada seisi dunia..
malah lebih baik daripada nikmat didunia... manusia KEHILANGAN SEJUTA KEIMANAN... yg dimana TUMBUH semasa ujian mendatang..

Manusia terlalu ego dan berduka untk melihat HIKMAH yang Allah berikan kepada kita..
buktinya pabila ujian hadir, kita TIDAK PERNAH BERSYUKUR sebaliknya hanya MERUNGUT..

Wahai manusia...
berhentilah kamu merungut akan hadirnya ujian..

tetapi lihatlah hikmah yg Allah berikan..
tersimpul sejuta kerahsiaan..

bertapa Hebatnya Perancangan yg Maha Esa..
untuk melihat hambaNya sentiasa dekat denganNYa..

sentiasalah kita memanjatkan kesyukuran..
takala hadirnya sebuah ujian..

kerana janji Allah itu pasti!
syurga firdausi sedia menanti..

kerana ujian itu..
adalah seindah syurga~

@~::Hamba-Mu::~@

My photo
Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.