Wednesday, 18 May 2011

Bingkisan rindu buatmu.. ~ TeMaN~

Tawa ceria kedengaran ditelinga..
ku berpaling ingin melihatnya..
namun ku hampa..
ternyata tawa itu bayangan duka..

memori lalu menjerat jiwa..
kedinginan angin tidak terasa..
kerana teringatkan kenangan lama..
takala dirimu masih ada..

andai dulu aku sering dibuli..
kau ada setia disisi..
melindungi diriku daripada dilukai..
walaupun dirimu disakiti..

ku teringat disaat terpaterinya ukhwah kita..
kaulah yang pertama menghulurkan salam cinta..
lantas mengenalkan aku kepada Pencipta..
sungguh indahnya ku rasa..

kau ajarku erti ketabahan..
agar ku teguh melawan badai kehidupan..
kau jua ajarku erit kesabaran..
dalam menghadapi ujian..

sahabatku sayang,
kini hanyalah bayangan..
yang menemani setiap kedukaan..
seiringan dengan kebahagiaan..

kau pergi menghadap Ilahi..
bertapa pilunya hati..
kerana kehilangan seorang teman sejati..
tapi ku ingin menjadi saksi..

ya Allah, ketahuilah sahabatku ini..
sudah menjalankan segala amanahnya pd diri..
walaupun dia sudah pergi..
kau tetap wujud dihati..

ikatan ukhwah ini kan terjalin selamanya..
walaupun rindu membara dijiwa..
sahabat, kau sentiasa didalam doa..
walaupun kau sudah tiada..

Sunday, 8 May 2011

<~.::Ya Ummi::.~>

                                       Dari sebuku darah dirimu menjadi manusia,
                                       dari seribu peserta dikaulah yang pertama,
                                       takala ditiupkan roh ke dalam jasad olehNya,
                                       bermulalah cabaran disaat menanti tiba..

                                                 lahirnya dikau ke dunia,
                                       disambut dgn halusnya alunan azan bergema,
                                       dalam dakapan ibu kau dipeluk dan dibelai manja,
                                       terasa dikau akan nikmat syurga sementara..

                                                 penat lelah tidak terkira,
                                       tanpa rasa jemu melayan seribu noda,
                                       ibu kau cekal dalam melayani bahtera,
                                       kerana tanpa kami kau sunyi dalam duka..!

                                       tangisan mula kedengaran nyaring ditelinga,
                                         tidak pernah meniti dibibirmu terkata,
                                               kami ini menyusahkan sahaja,
                                         tetapi bagimu kamilah pembela agama..!

                                     SubhannAllah, hebatnya kurniaanNya,
                                     tidak terkira akan ceteknya fikiran manusia..

                                                         wahai ibu,
                                     dirimu penuh dgn seribu satu rasa kasih,
                                     tidak pernah kau rasakan lelahnya hidup ini,
                                       tetapi hanya kebahagiaan yang meniti,
                                         disetiap saat berlalu bersama kami,
                                            ibarat disyurgawi bidadari..

                                                   syukran ya ummi..
                                      kerana tanpa dirimu tiadalah kami..
                                   Jasamu menjadi kuatnya pegangan diri..
                         untuk terus berbakti walau dirimu sudah tiada lagi

ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami, Kau letakkanlah mereka ditempat golongan yang sedikit, dimana tingginya darjat disisiMu.. ya Allah ya Rabbi, Sesungguhnya Engkau Maha Adil.. maka berikanlah keadilan buat kedua-dua mereka..amin ya Rabbal Alamin

Thursday, 5 May 2011

Mampukah wahai diri?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah, penawar hati kekasih Allah, susah dan senang bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak, pendorong kesusahan dan penderitaan,tiada sukar untuk dilaksanakan.

Dapatkah aku menjadi seperti Siti Fatimah, puteri Rasulullah?,
akur dlm setiap perintah ayahandanya dan sentiasa berjuang, wanita penghulu syurga.

Tabahkah jiwaku setabah umi Nabi Ismail,yang bernama Siti Hajar?,
mengendong bayinya mencari air penghilang dahaga diterik padang pasir, pengharapannnya hanya pada Allah. Memohon agar Allah menemukan aku sekeluarga di syurga yang kekal abadi.

Semoga Allah memakbulkan doaku untuk menjadi muslimah,anak dan isteri solehah yang menjadi idaman setiap muslimah sejati.Semoga setiap detik dan saat, sentiasa mencintai dan mengingati Allah dan Rasul.

Sunday, 27 March 2011

Dimanakah Dia dihati kita?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian.

Hati (heart) adalah satu organ yang ajaib. Ia berdegup 100,000 dan mengepam 100 gelen darah setiap jam. Bayangkan jika kita mengangkat air sebanyak itu dalam sejam.  Mengikut sebuah kajian, otak sentiasa menghantar mesej ke otak , tetapi hati kadang-kadang tidak patuh. Fikiran kita mengatakan "kena solat", tetapi hati (perasaan) kita  kata nak sambung tidur.

Oleh itu, hati yang cerdik adalah hati orang mu'min yang merasai dekat dengan  Allah, merasai Allah itu ada dihati kita.  Butanya hati kerana jahil (tidak berilmu). Maka banyak manusia yang menjadi musuh kepada apa yang ia jahil lalu memusnahkan Islam dengan rasa cinta pada Islam.

Rata-rata , walaupun seorang insan itu belajar agama sejak dari sekolah rendah lagi, tetapi apa yang dipelajari lebih berbentuk ilmu pendrive atau ilmu 'copy paste'. Ilmu yang dipelajari tidak lebih dari pengetahuan agama, ilmu yang diletakkan di kepala, yang tidak menjadi kemahuan agama (ilmu yang masuk dihati).

Tempatkan Allah di hati

Ibarat sebuah lampu yang diletakkan di atas atap , tidak akan mampu menerangkan sebuah rumah , dibandingkan lampu yang diletakkan di dlam sebuah rumah.

Untuk menganalisis hati kita, cuba jawab soalan ini;

a. dengan siapa kita bergaul?

b. buku apa yang kita baca? (termasuk Al-Quran? dan yang berkaitan dengannya?)

Manusia akan menjadi luar biasa kerana hatinya akrab dengan Allah. Sebenarnya Allah tidak pernah meminggirkan kita, tidak menjauh dari kita, tetapi kita sendiri memilih untuk jauh dari Allah.

Hati yang dikuasai dengan kebaikan , akan melahirkan kebaikan yang banyak.

Begitu juga hati yang dikuasai dengan kejahatan, akan lahir kejahatan yang banyak.

Ilmu yang dihati akan melahirkan output -  'walk the talk', 'actions that speak louder than words' , lebih banyak mengajak dari semata-mata mengajar - mendidik.

Semak Kualiti Hati

Cuba kita semak kualiti hati kita. Dari manakan datangnya kejahatan pada hati - takabur, angkuh, sombong, riak. Manusia akan merasa besar diri, megah, rasa hebat dan lebih baik dari orang lain, kerana tidak merasai kebesaran Allah di dalam hatinya.

Sebab itu mutakhir ini, manusia yang berjaya dikatakan manusia yang mempunyai spiritual intelligence (kecerdikan dalaman/rohani) yang tinggi - ada perasaan bertuhan,ada Allah dohatinya. Dia tahu dia dari mana, untuk apa ia dijadikan dan kemana ia akan pergi. Solat bukan hanya menjadi rutin atau ritual harian tetapi spiritual ( Solat yang mempunyai ruh).

Menyembah Allah dalam ertikata sebenar bukan hanya menyembah Agama. Ada rasa THE ENDS yakni akhirat. Orang-orang barat sibuk mencari Green Society walhal jawapan itu ada dalam Islam.

Walaupun bagaimanapun, sesuatu yang berharga memang sukar untuk mendapatkannya. No Pain No Gain. Perlukan Mujahadah. Jannah itu dipenuhi dipagari dengan kesusahan manakala neraka dipagari dengan keseronokan.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis,  hati nak jadi baik bukan mudah. Namun hati nak jadi jahat senang. Lebih mudah untuk mengumpat, mengeji manusia dari mengatakan sesuatu yang melahirkan kasih sayang.

Kenapa kita perlu ada perasan kita lebih baik dari orang lain sedangkan solat sunat qabliah, ba'diah, dhuha, tahajud, witir pun tak lepas. Mencela, memandang hina dan memperlekehkan orang lain. Sedangkan insan yang mulia, yang luar biasa hebatnya solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki. Kaki kita ???? Hebat ke???

Adakalanya kita merasa comfortable- solat, puasa, zikri, baca Al-Quran , tahajud , semua OK. Tetapi ia mungkin menjadi 'graviti sifar'. Rasa dah OK. selamat. Maka kita perlu sesuatu kuasa yang kuat untuk melonjak kita keluar dari zon keselesaan itu. Sebab itu ujian, musibah datang sebenarnya adalah untuk mendidik hamba.

Didikan dari sebuah ujian atau musibah menimbukan bekas lebih dari kesan solat pada seseorang. Ia merupakan mehnah yakni didikan direct dari Allah melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku didunia.  Di situ dididik sifat sabar, redha, raja'. Khauf.

Peringkat Mujahadah

Peringkat mujahadah pula berubah dari "I have to pray" ( BISA) - rasa seperti beban. Maka kita akan merasa lega setelah selesai solat.  Seterusnya akan naik kepada "I need to pray" (BIASA). Akan merasa bahgia ketika solat. Seterusnya meningkat kepada mendapat halawah (rasa manis ketika solat) dan mereka akan menjadi Pembela Kebenaran.

Sesuatu kebaikan itu akan hanya lahir dari satu kebenaran. Pembohongan, penipuan tidak akan melahirkan sesuatu kebaikan. Untuk berubah kepada kebaikan, nafsu ibarat bayi yang menyusu. Jika dipisahkan dari menyusu, maka dia akan menangis, meronta, mengamuk. Jika kita diamkan dan biarkan dia meronta, maka satu hari nafsu itu akan jinak.

Dalam melalui jalan menuju Allah, kita jangan mengalah walaupun berkali-kali  kalah dengan kejahatan. Allah tidak akan jemu jika kita tidak jemu. Allah pula tidak menilai EFFECT tetapi Allah menilai EFFORT. It is not the destiny but the journey will be evaluated by Allah. PAY NOW PLAY LATER. Carilah pergaulan yang soleh, ikhlas dalam pergaulan, menyayangii kita kerana cintakan akhirat.  Cinta makhluk hanyalah alat untuk cinta Allah, cinta makhlukbukanlah tujuan.

Cintailah yang mencintai kita, jangan kita cinta orang yang kita cinta.

Ingatlah  Allah itu menyintai kita, maka cintailah  Allah dihati kita

Dalam kita berusaha mendapatkan sesuatu, pastikan apa yang kita dapat faedahnya lebih besar dari apa yang kita hilang. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, kita akan mendapat ilmu, peringatan, tetapi  kita akan hilang waktu rehat.

Kita dapat rehat tetapi kita mungkin hilang peluang berada dalam majlis ilmu. Yang mana pilihan kita??

Monday, 14 February 2011

~ DIA MUHAMMAD ~

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Awwalul kalam dengan salam,
...Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul A’lam,

Lembaran sirah pun terperi,
Riwayat suci insan yang terpuji,
Bersalasilah para Nabi keturunan quraisy yg molek pekerti,

Ahmad..itu nama yang tersurat,
Dalam Injil juga Taurat,
Apatah lagi kitab Al-Quran,

Dia Muhammad..penutup sekalian Nabi,
Penyampai risalah suci,
Islam agama yang diredhai,
Dia pembela di Mahsyar nanti,

Dari gelita jadi cahaya,
Dari derita jadi bahagia,
Kerana dia pembawa rahmat,
Kerna dia jua pemberi syafaat,

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuyyah,
Huwa balighurisalah,Huwa saiyiduna wa imamuna,
Dia Muhammad,Dia tauladan utama,
Sunnahnya jaminan Syurga,
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa,

Waimma cerca ataupun hina,
Hatta dihunus pedang kuffar durjana,
Namun Baginda beralah tiada,
Kerna percaya Allah tetap bersama,

“Ya Rasulullah...Ya Habiballah...”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

WALLAHUA'LAM

♥✿(◠‿◠)✿♥

Wednesday, 3 November 2010

~Ahlan Wasahlan ya Habibti~


Bismillahirrahmanirrahim,
Ahlan Wasahlan ya adikku Safiyyah Amani..
Akka mendoakan agar dikau menjadi seorg muslimah yang sejati,yang bangkit menegakan agama Islam Demi Allah,yang senantiasa taat kepada kedua ummi dan abunmu,dan juga Penciptamu dan RasulNya..

Wahai adikku,
sesungguhnya dunia ini kehausan dengan muslimah sejati..maka jdlah seorg mujahidah Islamiah yang tinggi darjatnya disisi yang Maha Esa..
Wahai sayangku,
ketahuilah bahawa dunia ini sedang berteriak hendakkan seorang wanita yang taat kepada suaminya,abun dan umminya,Allah dan juga RasulNya..maka taatilah wahai adikku..
Wahai kekasihku,
Takala dunia ini sedang bertempur,dikau hadir dicelah kekalutan..membawa kemenangan buat umat Islam..inshaAllah..maka,besarlah dikau menjd se0rg mujahidah Islamiah..
Wahai adindaku,
Rasulullah saw bersabda,mafhumnya," Sesungguhnya dunia itu merupakan perhiasan.dan sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah wanita solehah".Hadis Riwayat Tarmizi..
maka jadilah dikau se0rg wanita yang s0lehah disisi suamimu,abun dan ummimu..dan juga Allah dan RasulNya..

amin inshaAllah..Akk sygkan Amni~ Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lg Maha Mengetahui,makbulkan doaku ini..agar lahirnya Amani didunia ini membawa panji2 Islam berkebar megah dibumi ciptaanMu ini..inshaAllah amin~

Duhai Hati,Janganlah Terkorban Dengan Duniawi..


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)
Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?
Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

@~::Hamba-Mu::~@

My photo
Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.