Tuesday 25 October 2011

Berubahlah..

 Apabila hati berdarah.. kadang-kadang ianya sukar untuk menerima kenyataan atau kebenaran..
ketahuilah disebalik kebenaran yg pahit itu terselit keindahan dan kebahagiaan..
cuma terpulang pada diri kita bagaimana untk mencapai kebahagiaan dan keindahan tersebut..

Masyarakat kita sering memandang rendah kepada orang yang ada "rekod buruk" dan terus mengasingkan mereka ini.. Namun, betulkah cara itu? atau sebenarnya kita hanya mengundang lebih lagi masalah daripada mereka ini sekiranya mereka berterusan diasingkan dan dipandang hina oleh masyarakat.. Ana tertarik dengan satu pepatah kata, "keburukan itu ibarat sehari namun kebaikan itu ibarat sejuta tahun lamanya".

Maksud pepatah itu ialah, hendak berbuat jahat hanya mengambil masa sehari namun hendak berbuat baik mengambil masa yang sangat lama oleh kerana perbatasan nafsu kita.. Berbalik kepada perkara asas iaitu keimanan, ukhwah dan akidah.. 3 perkara ini merupakan perkara yang perlu kita fahami dgn baik..

Keimanan merupakan tunjang didalam kehidupan kita.. Seandainya benar kita beriman, kita akan memahami definisi ukhwah dan akidah.. kerana 2 perkara tersebut bersangkut paut dgn keimanan.. berbalik kepada tajuk, seorg yang beriman, tidak akan putus asa dalam memberikan dakwah kepada mereka yg sudah jauh tersesat.. malahan tiada erti putus asa dalam kamus hidup seorg yang beriman itu..

Nasihat dan tazkirah merupakan elemen penting dalam memberikan kesedaran kepada mereka ini.. jangan disangkakan mereka akan berubah sekelip mata tapi ingtlah bahawa kita ini hanyalah manusia biasa yang perlukan waktu untk berubah.. Ana sarankan antum membaca novel "SINERGI" karya hilal asyraf.. inshaAllah novel ini memberikan kita kesedaran terhadap sikap masyarakat kita pada mereka yang mempunyai "rekod buruk" pd diri mereka.. wallahua'lam

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas r.a juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:
" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

Friday 15 July 2011

<~ rAmAdHaN kIaN kU mErINdUi~>

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.


Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt.
Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, "Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga" (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

 Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya.
Sabda Rasulullah saw bermaksud, "Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

 Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman.
Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, "Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya" (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

 Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam.
Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari' berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud, "Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik". Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, "Alangkah baiknya bid'ah ini"... (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

 Ramadan adalah bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan Allah swt pada bulan tersebut. Jibril menyemak bacaan dan hafazan Al-Quran Nabi saw dijuga dibulan ini. Oleh itu kita jadikanlah bulan ini bulan yang lebih meriah bagi kita bersama Al-Quran, dengan membacanya dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung didalamnya. Ramadan adalah bulan bersedeqah, berkasih sayang sesama umat Islam dan makhluk Allah swt. Kita perbanyakkanlah bersedekah dan menjamu orang lain.
Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, "Adalah Nabi saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia saw. lebih pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh malaikat Jibril. adalah Jibril bertemu Nabi saw tiap malam di bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran kepada Nabi saw. Apabila Nabi saw bertemu Jibril, Baginda saw menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup" (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari)

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam tiap urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar" (Al-Quran).

Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari


Sabda Rasulullah saw bermaksud, "Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan" (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, "Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan".

Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda.
Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, "Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf" (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari).


Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.


Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud,
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).
Ameen.

Sumber Text: Ini Jalanku


قُلۡ شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 185)




Wednesday 18 May 2011

Bingkisan rindu buatmu.. ~ TeMaN~

Tawa ceria kedengaran ditelinga..
ku berpaling ingin melihatnya..
namun ku hampa..
ternyata tawa itu bayangan duka..

memori lalu menjerat jiwa..
kedinginan angin tidak terasa..
kerana teringatkan kenangan lama..
takala dirimu masih ada..

andai dulu aku sering dibuli..
kau ada setia disisi..
melindungi diriku daripada dilukai..
walaupun dirimu disakiti..

ku teringat disaat terpaterinya ukhwah kita..
kaulah yang pertama menghulurkan salam cinta..
lantas mengenalkan aku kepada Pencipta..
sungguh indahnya ku rasa..

kau ajarku erti ketabahan..
agar ku teguh melawan badai kehidupan..
kau jua ajarku erit kesabaran..
dalam menghadapi ujian..

sahabatku sayang,
kini hanyalah bayangan..
yang menemani setiap kedukaan..
seiringan dengan kebahagiaan..

kau pergi menghadap Ilahi..
bertapa pilunya hati..
kerana kehilangan seorang teman sejati..
tapi ku ingin menjadi saksi..

ya Allah, ketahuilah sahabatku ini..
sudah menjalankan segala amanahnya pd diri..
walaupun dia sudah pergi..
kau tetap wujud dihati..

ikatan ukhwah ini kan terjalin selamanya..
walaupun rindu membara dijiwa..
sahabat, kau sentiasa didalam doa..
walaupun kau sudah tiada..

Sunday 8 May 2011

<~.::Ya Ummi::.~>

                                       Dari sebuku darah dirimu menjadi manusia,
                                       dari seribu peserta dikaulah yang pertama,
                                       takala ditiupkan roh ke dalam jasad olehNya,
                                       bermulalah cabaran disaat menanti tiba..

                                                 lahirnya dikau ke dunia,
                                       disambut dgn halusnya alunan azan bergema,
                                       dalam dakapan ibu kau dipeluk dan dibelai manja,
                                       terasa dikau akan nikmat syurga sementara..

                                                 penat lelah tidak terkira,
                                       tanpa rasa jemu melayan seribu noda,
                                       ibu kau cekal dalam melayani bahtera,
                                       kerana tanpa kami kau sunyi dalam duka..!

                                       tangisan mula kedengaran nyaring ditelinga,
                                         tidak pernah meniti dibibirmu terkata,
                                               kami ini menyusahkan sahaja,
                                         tetapi bagimu kamilah pembela agama..!

                                     SubhannAllah, hebatnya kurniaanNya,
                                     tidak terkira akan ceteknya fikiran manusia..

                                                         wahai ibu,
                                     dirimu penuh dgn seribu satu rasa kasih,
                                     tidak pernah kau rasakan lelahnya hidup ini,
                                       tetapi hanya kebahagiaan yang meniti,
                                         disetiap saat berlalu bersama kami,
                                            ibarat disyurgawi bidadari..

                                                   syukran ya ummi..
                                      kerana tanpa dirimu tiadalah kami..
                                   Jasamu menjadi kuatnya pegangan diri..
                         untuk terus berbakti walau dirimu sudah tiada lagi

ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami, Kau letakkanlah mereka ditempat golongan yang sedikit, dimana tingginya darjat disisiMu.. ya Allah ya Rabbi, Sesungguhnya Engkau Maha Adil.. maka berikanlah keadilan buat kedua-dua mereka..amin ya Rabbal Alamin

Thursday 5 May 2011

Mampukah wahai diri?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah, penawar hati kekasih Allah, susah dan senang bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak, pendorong kesusahan dan penderitaan,tiada sukar untuk dilaksanakan.

Dapatkah aku menjadi seperti Siti Fatimah, puteri Rasulullah?,
akur dlm setiap perintah ayahandanya dan sentiasa berjuang, wanita penghulu syurga.

Tabahkah jiwaku setabah umi Nabi Ismail,yang bernama Siti Hajar?,
mengendong bayinya mencari air penghilang dahaga diterik padang pasir, pengharapannnya hanya pada Allah. Memohon agar Allah menemukan aku sekeluarga di syurga yang kekal abadi.

Semoga Allah memakbulkan doaku untuk menjadi muslimah,anak dan isteri solehah yang menjadi idaman setiap muslimah sejati.Semoga setiap detik dan saat, sentiasa mencintai dan mengingati Allah dan Rasul.

Sunday 27 March 2011

Dimanakah Dia dihati kita?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian.

Hati (heart) adalah satu organ yang ajaib. Ia berdegup 100,000 dan mengepam 100 gelen darah setiap jam. Bayangkan jika kita mengangkat air sebanyak itu dalam sejam.  Mengikut sebuah kajian, otak sentiasa menghantar mesej ke otak , tetapi hati kadang-kadang tidak patuh. Fikiran kita mengatakan "kena solat", tetapi hati (perasaan) kita  kata nak sambung tidur.

Oleh itu, hati yang cerdik adalah hati orang mu'min yang merasai dekat dengan  Allah, merasai Allah itu ada dihati kita.  Butanya hati kerana jahil (tidak berilmu). Maka banyak manusia yang menjadi musuh kepada apa yang ia jahil lalu memusnahkan Islam dengan rasa cinta pada Islam.

Rata-rata , walaupun seorang insan itu belajar agama sejak dari sekolah rendah lagi, tetapi apa yang dipelajari lebih berbentuk ilmu pendrive atau ilmu 'copy paste'. Ilmu yang dipelajari tidak lebih dari pengetahuan agama, ilmu yang diletakkan di kepala, yang tidak menjadi kemahuan agama (ilmu yang masuk dihati).

Tempatkan Allah di hati

Ibarat sebuah lampu yang diletakkan di atas atap , tidak akan mampu menerangkan sebuah rumah , dibandingkan lampu yang diletakkan di dlam sebuah rumah.

Untuk menganalisis hati kita, cuba jawab soalan ini;

a. dengan siapa kita bergaul?

b. buku apa yang kita baca? (termasuk Al-Quran? dan yang berkaitan dengannya?)

Manusia akan menjadi luar biasa kerana hatinya akrab dengan Allah. Sebenarnya Allah tidak pernah meminggirkan kita, tidak menjauh dari kita, tetapi kita sendiri memilih untuk jauh dari Allah.

Hati yang dikuasai dengan kebaikan , akan melahirkan kebaikan yang banyak.

Begitu juga hati yang dikuasai dengan kejahatan, akan lahir kejahatan yang banyak.

Ilmu yang dihati akan melahirkan output -  'walk the talk', 'actions that speak louder than words' , lebih banyak mengajak dari semata-mata mengajar - mendidik.

Semak Kualiti Hati

Cuba kita semak kualiti hati kita. Dari manakan datangnya kejahatan pada hati - takabur, angkuh, sombong, riak. Manusia akan merasa besar diri, megah, rasa hebat dan lebih baik dari orang lain, kerana tidak merasai kebesaran Allah di dalam hatinya.

Sebab itu mutakhir ini, manusia yang berjaya dikatakan manusia yang mempunyai spiritual intelligence (kecerdikan dalaman/rohani) yang tinggi - ada perasaan bertuhan,ada Allah dohatinya. Dia tahu dia dari mana, untuk apa ia dijadikan dan kemana ia akan pergi. Solat bukan hanya menjadi rutin atau ritual harian tetapi spiritual ( Solat yang mempunyai ruh).

Menyembah Allah dalam ertikata sebenar bukan hanya menyembah Agama. Ada rasa THE ENDS yakni akhirat. Orang-orang barat sibuk mencari Green Society walhal jawapan itu ada dalam Islam.

Walaupun bagaimanapun, sesuatu yang berharga memang sukar untuk mendapatkannya. No Pain No Gain. Perlukan Mujahadah. Jannah itu dipenuhi dipagari dengan kesusahan manakala neraka dipagari dengan keseronokan.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis,  hati nak jadi baik bukan mudah. Namun hati nak jadi jahat senang. Lebih mudah untuk mengumpat, mengeji manusia dari mengatakan sesuatu yang melahirkan kasih sayang.

Kenapa kita perlu ada perasan kita lebih baik dari orang lain sedangkan solat sunat qabliah, ba'diah, dhuha, tahajud, witir pun tak lepas. Mencela, memandang hina dan memperlekehkan orang lain. Sedangkan insan yang mulia, yang luar biasa hebatnya solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki. Kaki kita ???? Hebat ke???

Adakalanya kita merasa comfortable- solat, puasa, zikri, baca Al-Quran , tahajud , semua OK. Tetapi ia mungkin menjadi 'graviti sifar'. Rasa dah OK. selamat. Maka kita perlu sesuatu kuasa yang kuat untuk melonjak kita keluar dari zon keselesaan itu. Sebab itu ujian, musibah datang sebenarnya adalah untuk mendidik hamba.

Didikan dari sebuah ujian atau musibah menimbukan bekas lebih dari kesan solat pada seseorang. Ia merupakan mehnah yakni didikan direct dari Allah melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku didunia.  Di situ dididik sifat sabar, redha, raja'. Khauf.

Peringkat Mujahadah

Peringkat mujahadah pula berubah dari "I have to pray" ( BISA) - rasa seperti beban. Maka kita akan merasa lega setelah selesai solat.  Seterusnya akan naik kepada "I need to pray" (BIASA). Akan merasa bahgia ketika solat. Seterusnya meningkat kepada mendapat halawah (rasa manis ketika solat) dan mereka akan menjadi Pembela Kebenaran.

Sesuatu kebaikan itu akan hanya lahir dari satu kebenaran. Pembohongan, penipuan tidak akan melahirkan sesuatu kebaikan. Untuk berubah kepada kebaikan, nafsu ibarat bayi yang menyusu. Jika dipisahkan dari menyusu, maka dia akan menangis, meronta, mengamuk. Jika kita diamkan dan biarkan dia meronta, maka satu hari nafsu itu akan jinak.

Dalam melalui jalan menuju Allah, kita jangan mengalah walaupun berkali-kali  kalah dengan kejahatan. Allah tidak akan jemu jika kita tidak jemu. Allah pula tidak menilai EFFECT tetapi Allah menilai EFFORT. It is not the destiny but the journey will be evaluated by Allah. PAY NOW PLAY LATER. Carilah pergaulan yang soleh, ikhlas dalam pergaulan, menyayangii kita kerana cintakan akhirat.  Cinta makhluk hanyalah alat untuk cinta Allah, cinta makhlukbukanlah tujuan.

Cintailah yang mencintai kita, jangan kita cinta orang yang kita cinta.

Ingatlah  Allah itu menyintai kita, maka cintailah  Allah dihati kita

Dalam kita berusaha mendapatkan sesuatu, pastikan apa yang kita dapat faedahnya lebih besar dari apa yang kita hilang. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, kita akan mendapat ilmu, peringatan, tetapi  kita akan hilang waktu rehat.

Kita dapat rehat tetapi kita mungkin hilang peluang berada dalam majlis ilmu. Yang mana pilihan kita??

Monday 14 February 2011

~ DIA MUHAMMAD ~

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Awwalul kalam dengan salam,
...Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul A’lam,

Lembaran sirah pun terperi,
Riwayat suci insan yang terpuji,
Bersalasilah para Nabi keturunan quraisy yg molek pekerti,

Ahmad..itu nama yang tersurat,
Dalam Injil juga Taurat,
Apatah lagi kitab Al-Quran,

Dia Muhammad..penutup sekalian Nabi,
Penyampai risalah suci,
Islam agama yang diredhai,
Dia pembela di Mahsyar nanti,

Dari gelita jadi cahaya,
Dari derita jadi bahagia,
Kerana dia pembawa rahmat,
Kerna dia jua pemberi syafaat,

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuyyah,
Huwa balighurisalah,Huwa saiyiduna wa imamuna,
Dia Muhammad,Dia tauladan utama,
Sunnahnya jaminan Syurga,
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa,

Waimma cerca ataupun hina,
Hatta dihunus pedang kuffar durjana,
Namun Baginda beralah tiada,
Kerna percaya Allah tetap bersama,

“Ya Rasulullah...Ya Habiballah...”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

WALLAHUA'LAM

♥✿(◠‿◠)✿♥

@~::Hamba-Mu::~@

My photo
Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.