ketahuilah disebalik kebenaran yg pahit itu terselit keindahan dan kebahagiaan..
cuma terpulang pada diri kita bagaimana untk mencapai kebahagiaan dan keindahan tersebut..
Masyarakat kita sering memandang rendah kepada orang yang ada "rekod buruk" dan terus mengasingkan mereka ini.. Namun, betulkah cara itu? atau sebenarnya kita hanya mengundang lebih lagi masalah daripada mereka ini sekiranya mereka berterusan diasingkan dan dipandang hina oleh masyarakat.. Ana tertarik dengan satu pepatah kata, "keburukan itu ibarat sehari namun kebaikan itu ibarat sejuta tahun lamanya".
Maksud pepatah itu ialah, hendak berbuat jahat hanya mengambil masa sehari namun hendak berbuat baik mengambil masa yang sangat lama oleh kerana perbatasan nafsu kita.. Berbalik kepada perkara asas iaitu keimanan, ukhwah dan akidah.. 3 perkara ini merupakan perkara yang perlu kita fahami dgn baik..
Keimanan merupakan tunjang didalam kehidupan kita.. Seandainya benar kita beriman, kita akan memahami definisi ukhwah dan akidah.. kerana 2 perkara tersebut bersangkut paut dgn keimanan.. berbalik kepada tajuk, seorg yang beriman, tidak akan putus asa dalam memberikan dakwah kepada mereka yg sudah jauh tersesat.. malahan tiada erti putus asa dalam kamus hidup seorg yang beriman itu..
Nasihat dan tazkirah merupakan elemen penting dalam memberikan kesedaran kepada mereka ini.. jangan disangkakan mereka akan berubah sekelip mata tapi ingtlah bahawa kita ini hanyalah manusia biasa yang perlukan waktu untk berubah.. Ana sarankan antum membaca novel "SINERGI" karya hilal asyraf.. inshaAllah novel ini memberikan kita kesedaran terhadap sikap masyarakat kita pada mereka yang mempunyai "rekod buruk" pd diri mereka.. wallahua'lam
Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas r.a juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:
"
Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu
dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah al-Quran dengan
menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu
kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam
dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang
yang soleh."
No comments:
Post a Comment